Wednesday, April 1, 2009

RahsIa Di SeBaLIk WaRna BunGa RoS


Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.
Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

KaTa-KaTa MotIVasI...


Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnyaadalah kesan langsung pemikirannya.- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.- Peribahasa Cina

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkankualiti yang baik dalam perbuatannya.- Aristotle

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dankewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang pentingialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dankekalkan usaha hingga ke akhir hayat.- Joseph Conrad

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannyadengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.- Cecil B. DeMille